Antonio Conte. - Foto: The Sun
Antonio Conte. - Foto: The Sun

STAMFORD BRIDGE – Peluang untuk Chelsea menjulang kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini adalah 50 peratus sahaja.

Itu reaksi Pengurus the Blues itu, Antonio Conte selepas mereka dikecewakan 0-2 dalam aksi menentang Manchester United di Old Trafford semalam.

Bekas Pengurus Juventus itu mengakui walaupun Chelsea masih mendominasi takhta liga di tangga teratas, peluang untuk anak buahnya menjulang piala EPL belum muktamad.

Ia berikutan kekalahan Chelsea di tangan the Red Devils kendalian Jose Mourinho membuka saingan piala itu kepada lima pasukan teratas.

Dengan berbaki enam perlawanan lagi untuk musim ini melabur tirai, Chelsea kekal dengan 74 mata di tangga teratas liga.

Pesaing terdekatnya Tottenham Hotspurs berjaya merapatkan kedudukannya dengan Chelsea berbeza 4 mata. begitu juga Liverpool, Man City dan Manchester United masing-masing di tempat ketiga, eempat dan kelima.

Conte selepas perlawanan malam tadi menyatakan kerisauan mengenai keadaan pemain pasukan yang kecundang dalam aksi penting itu.

Jika sebelum ini Chelsea mempunyai jurang perbezaan 10 mata dengan Tottenham yang kini kurang kepada emoat sahaja.
Ia menyebabkan Conte merisaukan prestasi anak buah selain bimbang impian merangkul kejuaraan musim ini tergugat.

Berbanding pencapaian kami di tempat ke10 musim lalu, kali ini agak menakjubkan berada di tangga teratas dan menunggu masa bergelar juara.

“Kami bengga jika dapat bergelar juara kali ini walaupun persaingan dibuka kepada pesaing terkuat kami di empat tangga teratas liga.

“Kami perlu berhati-hati kerana Tottenham berada pada prestasi terbaik dan agresif dan mampu menggugat peluang kami selepas ini.

“Jika orang menganggap adalah normal untuk Chelsea julang piala musim ini, bagi saya tidak kerana kita bermula sebagai bukan pilihan kerana menamatkan musim lalu di tempat ke-10. – MalaysiaGazette