ENGLAND – The Gunner tidak bersedia melepaskan bintangnya Alexis Sanchez kepada kelab pesaing liga Perdana Inggeris (EPL) akhir musim ini.

Pengurusnya, Arsene Wenger berkata Arsenal akan berusaha untuk tidak melepaskan Sanchez kepada kelab gergasi Ligue 1 Perancis Paris Saint Germain (PSG).

Wenger masih mengharapkan pemain antarabangsa Chile itu supaya kekal di Emirates tetapi bimbang pemain itu sudah membuat keputusan meninggalkan kelab itu akhir musim ini.

Sanchez menjadi sasaran pesaing terkuat liga, Chelsea dan Manchester City.

Tetapi Arsenal mahu mengelak situasi itu berlaku dan cuba menekan PSG untuk memuktamadkan pemindahan pemain dengan nilai £50 juta (RM277 juta).

Satu lagi perkara yang dirisaukan ialah Wenger sebagai kawan baik Presiden PSG, Nasser Al- Khelaifi mengenai kemungkinan Naseer sudah mengadakan perbincangan dengan Sanchez.

Sanchez yang menjaringkan 22 gol bersama Arsenal musim ini kini berada pada tahun akhir kontrak dan belum berunding mengenai pembaharuan kontraknya.

Wenger dilaporkan tidak berdepan masalah untuk meluluskan gaji tinggi yang dituntut Sanchez.

Bagaimanapun Pengurus kelahiran Perancis itu mendakwa Sanchez memerlukan lebih daripada wang dalam kariernya.

Sanchez ternyata kecewa Gunners gagal menyaingi sebarang kejuaraan sejak berhijrah dari Barcelona pada 2014. – MalaysiaGazette