LONDON – Brighton and Hove Albion kembali ke Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi sekaligus menamatkan penantian selama 34 tahun.

Kejayaan manis itu dicapai selepas peneraju Liga Kejuaraan itu menewaskan Wigan Athletic 2-1 selain dibantu Huddersfield Town yang diikat 1-1 dengan Derby County dalam satu lagi aksi awal pagi tadi.

Huddersfield perlu menang bagi menangguhkan pesta keraian Brighton tetapi keputusan itu membolehkan The Seagulls kini mendapat sebanyak 13 mata mengatasi Reading dengan berbaki tiga perlawanan.

The Seagulls kini turut sukar digugat untuk bergelar juara selepas kekalahan pasukan tangga kedua Newcastle 3-1 di tangan Ispwich.

Brighton berada awal di hadapan seawal minit kelapan di depan penyokong sendiri di Stadium Amex sebelum Solly March menjadikan kedudukan 2-0.

Dan gol daripada pemain tengah gantian Wigan Nick Powell sudah terlambat untuk mengubah keputusan itu.

The Seagulls kini berada dalam kedudukan terbaik untuk bergelar juara selepas kekalahan pasukan tangga kedua Newcastle 3-1 di tangan Ispwich.

Pengurus Brighton, Chris Hutton memuji kesungguhan dan semangat juang yang diperagakan pemainnya pada musim ini selepas dikecewakan pada saat akhir kempen lalu. – MalaysiaGazette