MIDDLESBROUGH – Arsenal kembali mendapat suntikan motivasi selepas mengalami kekalahan empat kali berturut-turut selepas mencatat kemenangan tipis 2-1 mengatasi Middlesbrough di dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Beraksi di tempat lawan, jaringan Alexis Sanchez dan Mesut Ozil memberikan kembali harapan buat pengurus mereka Arsene Wenger.

Arsenal berdepan kekalahan kelima selepas jaringan penyamaan Alvaro Negredo buat Middlesbrough yang hanya menang empat perlawanan liga musim ini.

Arsenal kini tujuh mata di belakang pasukan tangga keempat Manchester City berbaki satu perlawanan dalam tangan manakala Middlesbrough kini enam mata daripada zon selamat dan kurang satu perlawanan berbanding pasukan di atasnya.

“Kedudukan empat teratas secara matematik masih boleh dicapai kami,” kata Wenger kepada Sky Sports. “Kami tahu kami perlukan kemenangan.

Selepas ini, Arsenal akan berdepan Machester City dalam saingan separuh akhir Piala FA. – MalaysiaGazette