LISBON – Lima orang maut apabila pesawat ringan didaftarkan di Swiss terhempas di gudang sebuah pasar raya di pinggir bandar di sini.

Kematian itu mengorbankan juruterbang dan tiga penumpang – seorang warga Switzerland and tiga warga Perancis termasuk seorang lelaki di dalam gudang.

Tiga lagi mangsa mengalami cedera ringan.

Pesawat itu milik Symbios Orthopaedics, syarikat yang berpangkalan di Lausanne, Switzerland yang pakar dalam dalam prostetik ortopedik.

Gudang yang dimiliki oleh rangkaian pasar raya Lidl, terletak kira-kira satu kilometer dari aerodrome di Tires di daerah Cascais kira-kira 20 kilometer dari tengah Lisbon.

Kejadian itu berlaku ketika pesawat dua engin Piper PA-31 berlepas ke selatan bandar Perancis di Marseille, turut merempuh trak yang diletak di gudang berkenaan.

Beberapa rumah di kawasan kejadian turut terjejas.

Kira-kira 90 anggota dikejarkan di tempat kejadian untuk memadamkan kebakaran. – MalaysiaGazette