LOS ANGELES – Sebuah kereta sedan yang tersangkut di tayar belakang sebuah trak diheret sejauh kira-kira 10 batu tanpa disedari pemandunya.

Dalam video yang dimuat naik oleh pengguna lebuh raya di California, Brian Steimke, pemandu kereta Nissan Maxima itu berada dalam kenderaannya ketika kejadian.

Dalam kejadian hari Khamis itu, pemandu kereta sedan yang tercedera itu meminta pengguna jalan raya memintas trak berkenaan dan memaklumkan keretanya tersangkut.

Menurut Jabatan Patrol Lebuhraya California, insiden kedua-dua kenderaan itu ‘bercantum’ selepas pemandu trak itu memotong sebuah lori lain kemudiannya memasuki lorongnya semula.

Ketika itu, pemandu trak tidak menyedari telah melanggar bahagian depan sebuah kereta sedan di State Route 138.

Dalam video dirakam Steimke, pemandu kereta  sedan itu melambai kepadanya dan meminta pertolongannya.

Apabila banyak kenderaan dilebuhraya membunyikan hon akhirnya pemandu trak memberhentikan kenderaannya dan memberitahu dia tidak menyedari traknya terlanggar kereta terbabit.

Bagaimanapun pemandu trak tidak dikenakan sebarang tindakan kerana tidak menyedari kejadian manakala pemandu kereta sedan terbabit mengalami kecederaan ringan.-MalaysiaGazette

http://video.dailymail.co.uk/preview/mol/2017/04/20/844632364432969656/636x382_MP4_844632364432969656.mp4