Jimmy Choo memiliki 150 butik di seluruh dunia

LONDON – Jenama kasut dan kasut mewah British, Jimmy Choo mencari pembeli yang berminat terhadap syarikat tersebut.

Menurut laporan Reuters, ini sebahagian daripada pilihan strategik syarikat tersebut untuk memaksimakan nilai pemegang saham.

Tambah syarikat itu lagi, ia telah berbincang mengenai proses pernilaian semula strategi dengan pemegang saham majoritinya, JAB Luxury mengesahkan ia memberi sokongan penuh terhadap proses tersebut.

JAB Luxury memiliki 67.7 peratus pegangan di dalam Jimmy Choo yang mempunyai 150 kedai di seluruh dunia.

Menurut Jimmy Choo, Panel Pengambilan alih Britain telah bersetuju terhadap mana-mana perbincangan dengan pihak ketiga yang akan diadakan dalam konteks “proses jualan rasmi” bagi membolehkan kesemua pihak membuat cadangan dalam keadaan rahsia.

Buat masa ini, Jimmy Choo masih belum didekati oleh pihak yang berminat untuk memilikinya.-MalaysiaGazette