KUALA LUMPUR – Harga petrol dan diesel turun antara lima sen hingga tujuh sen seliter berkuatkuasa 27 April hingga 3 Mei ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menerusi akaun Twitternya menyatakan harga RON95 turun sebanyak enam sen seliter kepada RM2.21 seliter manakala harga RON97 turun sebanyak lima sen seliter kepada RM2.49 seliter.

Harga baharu diesel ialah RM2.14 seliter, turun sebanyak tujuh sen seliter.

Bermula 29 Mac lalu, kerajaan memutuskan untuk mengumumkan penetapan harga petrol dan diesel secara mingguan, iaitu pada setiap Khamis, bermula jam 12.01 tengah malam bagi menggantikan mekanisme pengumuman secara bulanan. – MalaysiaGazette