MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho dijangka dijangka memanggil beberapa pemain muda dalam masa terdekat ini untuk menyertai sesi latihan bersama skuad senior kelab itu.

United yang sebelum ini kehilangan ramai pemain utama akibat kecederaan termasuk Zlatan Ibrahimovic, Juan Mata, Chris Smalling, Phil Jones, Paul Pogba, Marcos Rojo kini makin terdesak selepas Tim Fosu-Mensah menjadi senarai terbaharu selepas perlawanan menentang Manchester City pagi tadi.

Sebagai langkah berani dan tiada pilihan, Mourinho telah mula memanggil dua pemain muda iaitu Axel Tuanzebe dan Matthew Willock menyertai latihan.

Dua lagi pemain muda iaitu bek kanan, Devonte Redmond dan pemain tengah, Matthew Olosunde disebut-sebut akan menerima panggilan selain Demetri Mitchell.

Setakat ini, hanya pemain muda bawah 23 tahun mendapat peluang untuk membuat latihan bersama skuad utama.

United juga wmempunyai beberapa potensi besar dalam skuad bawah 18 tahun seperti yang mereka buktikan apabila berada di tangga kedua Liga bawah 18 tahun dan menjuarai kejuaraan di luar negara berbanding musim yang teruk dialami skuad muda bawah 23 tahun. – MalaysiaGazette