Keadaan tapak gerai di kawasan muktamar Pas diadakan yang dilanda ribut.

ALOR SETAR – Kejadian ribut melanda tapak ekspo sempena Muktamar Pas di sini bukan penentu siapa yang salah dan siapa yang benar.

Itu jawapan Pengarah Komunikasi Pas Kedah, Ridzwan Abu Bakar kepada kritikan sesetengah ahli-ahli Parti Amanah Negara (PAN).

“Benar dan salah tidak ditentukan dengan hujan dan ribut tetapi ditentukan dengan hujah dan tindakan.

“Musibah adalah sebahagian dari sunnatullah, ribut adalah musibah yang bukan menentukan benar dan salah,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

Ridzwan merujuk kejadian petang semalam apabila kejadian ribut menyebabkan khemah di kawasan eskpo roboh sehingga menyebabkan beberapa orang cedera.

“Kalau ada hari lain pula khemah PAN diangkat angin, apakah ketika itu PAN pula jadi salah?” soalnya.- MalaysiaGazette