Izumo, kapal perang terbesar milik Jepun. foto Agensi

TOKYO – Jepun telah menghantar kapal perang terbesar miliknya, Izumo bagi mengiringi kumpulan kapal Carl Vinson untuk mengisi minyak di rantau itu.

Kapal penyerang Carl Vinson yang telah dihantar ke Semenanjung Korea.

Korea Utara telah mengancam untuk menenggelamkan Carl Vinson dan kapal selam Amerika Syarikat, di tengah-tengah ketegangan yang meningkat di rantau itu.

Kapal perang Izumo sepanjang 249 meter itu membawa sembilan helikopter, menyerupai pembawa serangan amfibia Amerika Syarikat, menurut The Japan Times.

Agensi berita Kyodo berkata, kapal itu telah meninggalkan pangkalan di Yokosuka di Tokyo untuk menyertai kapal Amerika Syarikat dan mengiringinya ke Shikoku di barat Jepun.

Izumo adalah kapal pertama dikerahkan di luar latihan, di bawah undang-undang baru yang diluluskan pada 2015 yang membolehkan Jepun membawa bantuan kepada sekutu yang diserang. – MalaysiaGazette