PITTSBURGH – Zlatan Ibrahimovic telah selamat menjalani pembedahan lutut semalam, menurut ejennya.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, penyerang sensasi prolifik Manchester United disahkan akan pulih sepenuhnya dan tidak mengalami kecederaan yang memusnahkan masa depannya.

“Prosedur pembedahan ini dilakukan oleh dua doktor pakar University of Pittsburgh Medical Center (UPMC) di sini.

“Zlatan telah memulakan pemulihan di UPMC dan akan kekal di bawah jagaan Dr. Fu dan Dr. Musahl sepanjang pemulihannya.

“Zlatan dan pasukan perubatan tidak boleh ditemu bual pada masa ini. Maklumat tambahan akan dimaklumkan pada masa akan datang,” jelas kenyataan itu lagi.

Bintang Sweden yang merakam 28 gol sepanjang musim pertamanya di Old Trafford ini terpaksa berehat panjang apabila tisu lutut kanannya terkoyak.

Kecederaan tersebut berlaku ketika aksi kemenangan ke atas Anderlecht saingan suku akhir Liga Europa, minggu lalu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast