KUALA LUMPUR – Edra Energy membuat permohonan semula bagi cadangan untuk melantik bank-bank bagi Tawaran Awal Permulaan (IPO) yang menyasar mengumpul dana sebanyak AS$500 juta hingga AS$1 bilion.

IFR Asia yang memetik dua sumber berkata, bank-bank perlu bertindak balas terhadap permintaan untuk cadangan (RFP) itu pada 9 Mei ini.

Edra Energy menarik diri dari RFP pada Februari tahun ini, pada hari yang sama pelancarannya, tanpa memberi sebarang sebab.

Syarikat ini merupakan pengeluar tenaga bebas kedua terbesar di Malaysia.

Sebelum ini Erda dimiliki oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan mahu mengumpul dana antara AS$1 bilion hingga AS$3 bilion menerusi pelaksanaan IPO.

Pada 2015, 1MDB menjual Edra Energy kepada China General Nuclear Power pada harga AS$2.3 bilion. – MalaysiaGazette