LONDON – Bekas pemain Real Madrid, Steven McManaman mengkritik aksi Antoine Griezmann selepas penyerang itu gagal menyaingi aksi berkualiti yang dipamerkan Cristiano Ronaldo dalam perlawanan separuh akhir Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi tadi.

Griezman yang dikaitkan dengan Manchester United pada musim panas ini diletakkan harga perpindahan £100 juta oleh Atletico Madrid.

MvManaman berkata, Griezmann dilabel dua kali ganda lebih murah berbanding Ronaldo yang kini mencecah usia 32 tahun.

McManaman berkata kepada BT Sport, “Anda bercakap tentang Griezmann yang dikatakan berharga £100 juta, dia tidak berbuat apa-apa hari ini?

“Dia tidak meletakkan dirinya dalam pasaran perpindahan yang baik. Jika dia bernilai £100 juta, Ronnie (Ronaldo) adalah bernilai £200 juta.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast