Cristiano Ronaldo

MADRID – Real Madrid kini selangkah ke perlawanan akhir Liga Juara-Juara selepas menang 3-0 ke atas Atletico Madrid pada aksi separuh akhir pertama, awal pagi tadi.

Bintang dunia, Cristiano Ronaldo terus membuktikan dia peledak berbisa apabila melakukan hatrik untuk mempertahankan gelaran di pentas akhir pada 3 Jun ini.

Tiga gol itu menjadikan pemain antarabangsa Portugal itu kekal Penjaring terbanyak sepanjang zaman dalam pertembungan jiran tetangga Madrid itu kepada 21 gol.

Ronaldo membuka tirai jaringan menerusi tandukan padu ketika perlawanan baru berlangsung 10 minit.

Pemain berusia 32 tahun itu, sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila melepaskan rembatan padu dari tepi garisan kotak D menuju ke penjuru kanan gawang Atletico pada minit ke-71.

Berbaki empat minit sebelum tamat masa permainan, pemain ini meledak hatrik dengan mudah menolak masuk gol ketiga pasukan ketika penjaga gawang lawan sudah pun tertewas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast