PITTSBURGH – Zlatan Ibrahimovic mengucap terima kasih ke atas semua sokongan yang diberikan kepadanya selepas dia selamat menjalani pembedahan lulut di Pittsburgh, di sini Ahad lalu.

Penghargaan penyerang sensasi Manchester United itu diluahkan menerusi akaun rasmi Instagram miliknya.

“Selesai, berjaya dan lebih kuat. Sekali lagi terima kasih atas sokongan semua.

“Kita akan menikmati permainan saya bersama tidak lama lagi,” luahnya. – MalaysiaGazette