Home Dunia Putera Philip bersara tugas-tugas diraja Ogos ini

Putera Philip bersara tugas-tugas diraja Ogos ini

LONDON – Putera Philip, Duke of Edinburg bersara daripada tugas-tugas diraja pada musim luruh ini, menurut Istana Buckingham.

Keputusan itu dibuat oleh Putera Philip sendiri dan disokong oleh Ratu Elizebeth, menurut jurucakap istana.

Putera Philip, yang berusia 96 tahun akan menghadiri pertemuan yang dijadualkan sehingga Ogos ini sahaja. Selepas itu beliau tidak akan menerima jemputan baru.

Bagaimanapun, Ratu Elizebeth akan terus menjalankan program dan acara rasmi.

Putera Philip terlibat dalam 110 hari majlis interaksi pada tahun 2016, menjadikan beliau ahli kelima keluarga diraja paling sibuk.

Beliau menjadi pemimpin, presiden atau ahli lebih daripada 780 organisasi, tidak lagi memainkan peranan aktif dengan menghadiri pertemuan, kata Buckingham Palace.

Menurut kenyataan, jurucakap istana berkata, Putera Philip akan memilih majlis-majlis awam yang ingin dihadiri beliau dari semasa ke semasa. – MalaysiaGazette