VIGO, SEPANYOL – Jose Mourinho akhirnya mengakui Manchester berdepan lalu sukar dan sudah terlambat ntuk merebut empat tempat teratas dalam Liga Perdana Inggeris (EPL).

Pengendali Portugal itu berkata, ini kerana pasukannya terpaksa mengharungi masalah jadual yang padat dan krisis kecederaan pemain.

“Mengenai Liga Perdana Inggeris, saya fikir ia sudah terlambat kerana pada bulan April, kami telah bermain sembilan perlawanan, tujuh daripada mereka dalam Liga Perdana Inggeris.

“Kami menghadapi terlalu banyak masalah, ramai pemain tidak hadir. Kerana itu, kami mempunyai beberapa pemain yang terpaksa bermain dalam 750 atau 800 minit perlawanan dan kami menerima padah,” katanya pada sidang akhbar semalam di sini sebelum aksi perlawanan akhir pertama Piala Europa menentang Celta Vigo, awal pagi esok.

Dalam pada itu, United menerima berita baik apabila empat pemain utama iaitu Chris Smalling, Phil Jones, Paul Pogba dan Juan Mata kembali pulih daripada kecederaan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast