RIO de JANEIRO – Lapan lelaki dipenjarakan kerana cuba melakukan serangan semasa Olimpik Rio 2016 tahun lalu dengan menggunakan Internet untuk mempromosikan kumpulan militan IS.
Mereka ditahan sejurus sebelum temasya itu bermula pada bulan Ogos selepas Biro Siasatan Persekutuan memaklumkan kepada pihak berkuasa Brazil.
Kesemua mereka warga Brazil.
Pemimpin kumpulan itu, Leonid El Kadre de Melo dijatuhi hukuman 15 tahun penjara.
Kesemua mereka akan memfailkan rayuan.
Kumpulan itu telah berkongsi bahan pelampau dalam talian dan melalui aplikasi mesej berikrar berpakat dengan IS, kata hakim Marcos Josegrei da Silva, di Parana.
Lapan lelaki itu bukan ahli IS tetapi cuba untuk membuat hubungan dengan kumpulan tersebut dan tindak tanduk mereka dipantau oleh FBI.
Dua minggu sebelum Olimpik Rio bermula, FBI telah memaklumkan kepada pihak berkuasa Brazil apabila lapan lelaki itu cuba membeli senjata dan berkongsi video tentang pembuatan bom.
Polis kemudian melancarkan operasi dan menahan 15 orang tetapi tujuh daripada mereka dibebaskan. – MalaysiaGazette
















