LABUAN BAJO – Seorang warga Singapura diserang oleh komodo gergasi di Indonesia dan kini dilaporkan stabil.

Loh Lee Aik, 67, dikejarkan ke hospital selepas kakinya cedera akibat diterkam oleh komodo ketika dia cuba merakam spesis tersebut.

Mangsa yang menetap di sebuah kampung di Pulau Komodo ebelum berangkat untuk mencari cicak gergasi itu.

Bagaimanapun, dia tidak membawa renjer bersama – peraturan yang perlu dipatuhi oleh semua pengunjung.

“Mangsa sangat teruja untuk merakam gambar komodo sehingga dia tidak perasan ada komodo lain mahu menerkamnya,” kata jurucakap polis, Jules Abraham Abast.

Loh bernasib baik kerana komodo kecil yang menggigitnya.

Beliau dibawa dengan bot ke Pulau Flores, yang mana beliau kemudian dimasukkan ke hospital.

Serangan itu berlaku semasa musim mengawan komodo dari Mei hingga Ogos yang mana semasa ini spesis cicak ini lebih agresif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast