Ilustrasi Bandar Malaysia

KUALA LUMPUR – Malton Berhad tidak berunding dengan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Dalian Wanda Group Co. Ltd untuk bersama-sama membida projek Bandar Malaysia.

“Syarikat ingin memaklumkan bahawa kami tidak dalam apa-apa perbincangan dengan pihak-pihak yang disebut dalam pembidaan untuk projek Bandar Malaysia seperti yang dilaporkan,” katanya kepada Bursa Malaysia hari ini.

Projek Bandar Malaysia menjadi tumpuan selepas TRX City membatalkan penjualan kepentingan 60 peratus milik IWH CREC Sdn. Bhd. dengan serta-merta.

IWH CREC adalah sebuah konsortium bersama Iskandar Waterfront Holdings Sdn. Bhd dan China Railway Engineering Corp. (M) Sdn. Bhd.

TRX City dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. – MalaysiaGazette