Gareth Bale
Gareth Bale

MADRID – Pemain sayap, Gareth Bale dikatakan ingin meninggalkan Real Madrid pada musim panas ini untuk kembali beraksi dalam kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Satu sumber dari kelab itu mengesahkan berita itu selepas Bale meluahkan keinginannya baru-baru ini.

Berita hangat tersebut juga mengaitkan hasrat pemain Wales itu mahu bekerjasama dengan bekas pengendali Los Blancos, Jose Mourinho.

Bale dikatakan menetapkan satu ‘syarat’ wajib kepada pasukan kendalian Mourinho itu agar layak dalam aksi Liga Juara-Juara.

Presiden Real Madrid, Florentino Perez pula dilaporkan sudah ‘tawar hati’ dengan prestasi Bale akibat kecederaan berpanjang yang melanda bekas pemain termahal dunia tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast