LONDON –  Chelsea hanya memerlukan tiga mata sahaja lagi untuk menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mudah membenam Middlesbrough 3-0 di Stamford Bridge awal pagi tadi

Kemenangan itu turut mengesahkan lawannya itu turun beraksi di Liga Kejuaraan musim depan.

Diego Costa dan Marcos Alonso serta jaringan Nemanja Matic muncul wira tuan rumah dalam usaha mengesahkan kejuaraan pada musim pertama Antonia Conte.

Chelsea bakal menjulang juara liga sekiranya kelab barat London itu menang di West Bromwich Albion pada Jumaat ini. – MalaysiaGazette