KUALA LUMPUR – Pasangan selebriti popular, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin selamat menimang cahaya mata sulungnya, pagi tadi.

Berita gembira itu dikongsi Syatilla menerusi laman Instagramnya yang memuat naik gambarnya bersama Sam di bilik pembedahan sebuah hospital swasta di ibu kota.

“30 minit yang lepas. Alhamdulillah syukur ya Allah!!  thank u sayangg @shaheizy_sam,” tulisnya.

Perkongsian itu ternyata menarik perhatian peminat yang tidak henti-henti mengucapkan tahniah buat kelahiran anak sulung pasangan ini.

Sementara itu, menerusi laman Instagram ibu Sam, Khaty Fauziah memaklumkan menantunya telah selamat melahirkan anak lelaki.

Syatilla dan Sam bernikah pada 8 Februari tahun lalu. – MalaysiaGazette