Philippe Coutinho dikatakan telah bersetuju untuk berhijrah ke Nou Camp pada akhir musim ini. - Metro.co.uk

LONDON – Philippe Coutinho dilaporkan bersetuju untuk menyertai Barcelona pada akhir musim ini.

Bintang Liverpool itu diletakkan klausa pelepasan bernilai £76 juta oleh the Kops untuk meninggalkan Anfield.

Majalah Sport mendakwa bintang antarabangsa Brazil itu mendahului senarai pembelian pemain Barcelona menjelang jendela perpindahan Jun ini.

Coutinho diberi jaminan untuk beraksi dalam kesebelasan utama Barcelona

Bagaimanapun juara Sepanyol itu dikatakan belum memulakan rundingan dengan Liverpool untuk pembelian Coutinho.

Namun difahamkan proses rundingan akan diadakan selepas musim ini di penghujung Mei ini.

Barcelona didakwa tidak mampu untuk mencapai klausa pelepasan yang ditetapkan Liverpool,

Namun situasi terdesak pasukan itu untuk membawa pembaharuan dalam jentera serangan akan memastikan proses pembelian pemain itu terlaksana.

Pemain berusia 24 tahun itu mempunyai kontrak bersama Liverpool sehingga 2022.

Coutinho menjaringkan 10 gol dalam 29 penampilan di bawah Jurgen Klopp. – Agensi