Kertas undi awal tidak dikira awal seperti tular dalam media sosial
Pengerusi SPR, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah

BANGI – Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) menunggu surat rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak bagi mengadakan Pilihan Raya Kecil(PRK) DUN Pujut.

Menurut Pengerusi SPR, Datuk Seri Hashim Abdullah, pihaknya akan mengadakan PRK DUN Pujut sekiranya terdapat permintaan daripada Speaker DUN Sarawak.

“Kalau speaker hantar surat kepada kita berkenaan kekosongan kerusi DUN Pujut, kita akan buatlah. Sekarang masih boleh buat (PRK), cuma tunggu surat daripada speaker,” katanya ketka ditemui selepas Majlis Bicara Alumni UKM dan Program Pendidikan Pengundi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.
Terdahulu, Ahli Dewan Undangan Pujut, Dr. Ting Tiong Choon hilang kelayakan sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut selepas Mahkamah Tinggi Miri memutuskan pembatalan keputusan kerusi Pujut yang dimenangi Choon pada PRN Sarawak tahun lalu.

Keputusan tersebut berikutan Tiong Choon mempunyai dua kewarganegaraan, iaitu Malaysia dan Australia.

Bagaimanapun, menurut Hashim Abdullah, sekiranya keputusan mahkamah tersebut dicabar, SPR akan menunggu keputusan akhir mahkamah sebelum mengadakan PRK.

“Ikut notis sahaja. Kalau keputusan tersebut dicabar, kita tunggulah keputusan,” jawabnya ketika ditanya berkenaan keputusan mahkamah tersebut. – MalaysiaGazette.