KUALA LUMPUR – Teka-teki siapakah yang bakal menjadi ketua jurulatih pasukan bola sepak Malaysia akhirnya terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan pelantikan Nelo Vingada.

Nelo Vingada yang berasal daripada Portugal akan menggalas tugasan pertama beliau membawa pasukan kebangsaan menentang Korea Utara di Pyongyang pada 8 Jun ini sebelum mengambil tugas pengurusan skuad bola sepak di tanah air untuk menentang Lebanon pada 13 Jun sebagai memulakan kempen kelayakan Malaysia untuk Piala Asia 2019.

Digelar ‘The Professor’ Nelo Vingada pernah menjadi jurulatih skuad senior Arab Saudi (1996-1997), Sukan Olimpik Mesir (2004-2005), pasukan kebangsaan Jordan (2007-2009), dan skuad Olimpik Iran (2014).

Beliau juga pernah mengendalikan skuad kebangsaan Portugal pada tahun 1993 sehingga tahun 1994.

Berumur 64 tahun beliau merupakan jurulatih yang kaya dengan pengalaman turut merupakan seorang yang tegas dan berterus terang dengan pemain di bawah kendaliannya.

Sementara itu, mengulas perlantikan tersebut Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mahu jurulatih kebangsaan seorang yang layak menjadi ‘guru’ yang tidak hanya berkisar kepada kejurulatihan tetapi mendidik pemain skuad kebangsaan.

“Dengan pengalaman dan umur, kita melihat dia sebagai jurulatih yang akan membantu pasukan kebangsaan meraih kejayaan. Hasil kerja beliau dengan pasukan negara sebelum ini dan kelab-kelab yang beliau menggambarkan etika kerjanya.

“Kami memandang jauh untuk bekerjasama dengan Vengada dan mengharapkan skuad kebangsaa, menikmati kejayaan baru.

“Setelah melihat banyak jurulatih, kedua-dua tempatan dan luar negara, melakukan kerja, naluri usus saya memberitahu saya bahawa Vingada adalah orang yang tepat untuk kerja.

“Saya mungkin salah (memilih Vingada) tetapi hanya masa akan menentukan,” katanya.

Nelo Vingada akan tiba di Malaysia pada 25 Mei ini bagi memulakan tugas rasminya sebagai Ketua Jurulatih Kebangsaan. – Malaysia Gazette.