Gambar hiasan

NEW DELHI- Seorang wanita dirogol beramai-ramai sebelum dibunuh dengan kejam oleh sekumpulan lelaki dengan menggunakan objek keras.

Kepala mangsa dihentak dengan batu-bata apabila mangsa mengugut mahu melaporkannya kepada pihak berkuasa, demikian menurut polis di Haryana, India.

Setakat ini, polis telah menahan dua lelaki bagi menyiasat kes tersebut manakala enam lagi sedang disiasat selepas ibu mangsa menuduh mereka terlibat di dalam kes rogol dan bunuh tersebut.

Wanita malang berusia 23 tahun itu merupakan seorang buruh telah ditangkap berhampiran rumahnya di Sonipat oleh sekumpulan lelaki yang mana sekurang-kurangnya salah seorang daripada mereka mengenali mangsa.

Mangsa kemudiannya dibawa ke sebuah bandar berdekatan, Rohtak di mana dia dirogol sebelum dibunuh.

“Apabila dia mengugut mahu membuat aduan, mereka menghentak kepala mangsa dengan menggunakan batu-bata,” katanya.

Mayat mangsa ditemui di sebuah padang pada Khamis.

Ibu mangsa sebelum ini pernah mengadu bahawa salah seorang suspek pernah memaksa anak gadisnya itu untuk berkahwin namun terdapat pertelingakahan di antara dua pihak.

Sonipat terletak kira-kira 44 kilometer di utara New Delhi.-MalaysiaGazette