Jose Mourinho tidak menyesal denga keputusan kalah 2-1 kepada Tottenham Hotspurs di White Hart Lane malam tadi. Foto: ESPN FC

LONDON – Jose Mourinho tidak menyesal dengan pasukannya yang gagal ‘menempatkan diri’ dalam kedudukan empat teratas carta Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurus Manchester United itu menegaskan, kemenangan trofi adalah menjadi keutamaan kelab paling suskes di England itu.

The Red Devils wajib menang perlawanan akhir Liga Eropah pada 24 Mei ini menentang Ajax FC di Stockholm di Belanda.

Hanya dengan kemenangan itu, Manchester United mampu kembali semula ke kempen Liga Juara-Juara Eropah musim depan.

Dalam aksi EPL semalam menentang Tottenham Hotspurs di White Hart Lane, Red Devils tewas 1-2.

Harry Kane dan Victor Wanyama mengesahkan kemenangan ke atas skuad lemah the Special One itu.

Bercakap kepada pemberita selepas perlawanan malam tadi, Pengurus kelahiran Portugal itu memberi komen mengejutkan wartawan.

“Saya tidak menyesal atau kecewa dengan kekalahan malam ini. Kami perlu terima keputusan (2-1) itu, kenapa ramai yang mendakwa kami catur perlawanan?

“Kami tidak buat catur perlawanan, kami terpaksa lakukannya (kalah) disebabkan Liga Eropah bukan pilihan kami. Kami terpaksa melakukannya kerana jika saya ada Ashley Young, Marcos Rojo, Luke Shaw, Zlatan Ibrahimovic dan Tim Fosu-Mensah (tercedera), saya boleh bertukar-tukar pemain setiap perlawanan.

“Tetapi, malangnya apabila saya hanya mempunyai 14,15 pemain saya tak dapat lakukan, ia agak sukar untuk dilakukan untuk perlawanan setiap tiga hari ini,” dakwanya.

Malah dakwa Mourinho, pasukannya juga tidak ada pilihan dan ruang secukup untuk berehat dan berlatih.

Beliau juga mempertahankan tindakannya dengan menegaskan, dia tidak sanggup menurunkan pemain muda dalam kesebelasan utama untuk kalah teruk 5-0 atau 6-0 pihak lawan.

Katanya, oleh demikian pihaknya tidak kecewa dengan kekalahan di White Hart Lane malam tadi kerana pasukannya ‘memburu’ kejuaraan Piala Eropah.

Gol tunggal Manchester United hadir menerusi Wayne Rooney dan pasukan itu gagal menempatkan diri dalam kelompok empat tangga teratas liga musim ini dengan berbagi dua perlawanan lagi.

“Saya tak terkejut. Saya juga tidak mahu tahu menahu mengenai kelab lain dan apa yang mereka fikirkan tentang kita.

“Bagi kami (Manchester United) menang piala adalah lebih penting berbanding bersaing untuk tamatkan musim di kedudukan empat teratas liga.

“Jika kami boleh ke Stockholm dan menang gelaran ketiga, ia satu pencapaian hebat untuk pasukan elit seperti kami,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Mourimho mengakui mereka tidak akan beraksi dalam liga juara-juara sekiranya gagal pada aksi final Liga Eropah nanti. – MalaysiaGazette