Najib Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengucapkan terima kasih kepada usaha gigih dan dedikasi mereka mendidik anak bangsa.

Datuk Seri Najib Razak berkata, kita telah terhutang budi kepada semua guru yang telah mendidik kita dengan begitu gigih lagi sempurna.

“Kerana titik peluh mereka telah menyebabkan kita menjadi orang yang sangat berguna.

“Terima kasih kepada semua guru di Malaysia atas dedikasi dan usaha gigih anda. Selamat Hari Guru,” kata Datuk Seri Najib Razak menerusi Twitternya.

Hari Guru di seluruh negara akan disambut esok. – MalaysiaGazette