Guru Besar, Md Isa Zakariya (depan, empat kiri) bersama guru-guru sekolah bergambar kenangan bersama murid-murid sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut yang bertemakan Kegemilangan Kesultanan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 19 MEI 2017

SHAH ALAM – Kita pernah lihat pelbagai gaya dan cara dilakukan pada sambutan Hari Guru dan ia memeriahkan lagi hari khusus menghargai jasa pendidik itu.

Ada yang memakai baju beragam, ada yang pakai baju sekolah dan macam-macam lagi tetapi kali ini sambutan Hari Guru di Sekolah Kebangsaaan (SK) Seksyen 9 disini mereka memakai pakaian tradisi zaman silam.

Bertemakan Kegemilangan Kesultanan Melayu kesemua 76 guru di SK Seksyen 9 memakai persalinan tradisi siap tengkolok dan keris bagi lelaki dan sanggul kepada guru wanita.

Sebahagian guru membuat persembahan tarian tradisional sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut yang bertemakan Kegemilangan Kesultanan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 19 MEI 2017

Malah guru besar SK Seksyen 9, Md. Isa Zakariya turut memakai pakaian tema yang sama.

Turut hadir ialah Timbalan Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, Datuk Abdul Rahim Mat Shah.

Lebih menarik, guru-guru berkenaan juga mempersembahkan sketsa pendek kisah Hang Tuah dan Hang Jebat selain tarian tradisional.

Salah seorang guru sekolah, Izzati Idris (kiri) dibantu rakan setugas, Nurzalillah Hazizul Hassan mengenakan sanggul tradisional sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut yang bertemakan Kegemilangan Kesultanan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 19 MEI 2017

Selain guru, para pelajar pra sekolah turut membuat persembahan pada majlis sambutan yang sama.

Reaksi murid-murid yang terhibur ketika menyaksikan persembahan guru-guru mereka sempena sambutan Hari Guru peringkat sekolah tersebut yang bertemakan Kegemilangan Kesultanan Melayu di Sekolah Kebangsaan Seksyen 9, Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 19 MEI 2017

Bagi menghargai dan meraikan jasa guru-guru dan memeriahkan sambutan itu, pihak sekolah turut mengadakan pertandingan memasak selain penganugerahan Meja Guru Tercantik, Cikgu Paling Lawa dan Cikgu Supernova. – MalaysiaGazette