Prince

MINNESOTA – Selepas lebih setahun kematian Prince, kakak dan lima adik-beradik telah diisytiharkan sebagai pewaris beliau.

Penyanyi itu meninggal dunia pada April 2016 pada Studio Paisley Park, akibat pengambilan ubat penahan sakit secara berlebihan.

Dia tidak meninggalkan wasiat dan tidak mempunyai anak.

Prince meninggalkan hartanah bernilai AS$200 juta, meskipun cukai-cukai bernilai separuh daripadanya.

Aset-aset milik Prince termasuk hak cipta muziknya termasuk lagu popular Let’s Go Crazy dan When Doves Cry.

Dalam pertikaian pewarisnya yang berlarutan, seramai 45 orang telah mempertaruhkan tuntutan terhadap aset-aset milik Prince, termasuk seseorang banduan di Colorado yang mendakwa anak Prince.

Julai lalu, hakim menolak dakwaan 29 individu yang mendakwa pewaris Prince dan mengarahkan ujian genetik dijalankan.

Hakim daerah, Kevin Eide berkata, pihak penuntut yang gagal menjadi pewaris boleh membuat rayuan.

Sehubungan itu, kakak Prince – Tyka Nelson dan lima lagi adik-beradiknya – Sharon Nelson, Norrine Nelson, John Nelson, Omarr Baker dan Alfred Jackson – perlu menunggu setahun lagi untuk mendapatkan bahagian masing-masing. – MalaysiaGazette