Nazir Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Nazir Razak memutuskan untuk tidak melanjutkan pelantikannya sebagai panel pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang berakhir 31 Mei ini.

Perkara itu dikongsikan dalam Instagram beliau.

“Selepas 15 tahun sebagai ahli panel KWSP, saya memutuskan untuk tidak mempertimbangkan bagi lanjutan bagi tempoh yang berakhir bulan ini. Ia adalah satu penghormatan yang besar dan keistimewaan untuk berkhidmat sejak tahun 2002, menyaksikan aset KWSP berkembang daripada RM200 bilion kepada lebih RM750 bilion pada hari ini, membayar dividen secara konsisten dan mempelbagaikan pelaburan tulen Malaysia tulen hampir 30 peratus di seluruh dunia.

“KWSP adalah dana pencen bertaraf dunia dan cerita hebat kejayaan Malaysia. Selagi ia terus diterajui dengan integriti oleh pasukan kepimpinan yang kuat dan mengikuti proses institusi yang diwujudkan, KWSP akan terus berkembang kukuh. Saya terima kasih kepada semua yang memegang jawatan dalam panel bersama saya dan semua kakitangan KWSP yang terpaksa bersabar dengan soalan-soalan saya!” kata Nazir. – MalaysiaGazette