Friday, September 20, 2019
Home Sukan Hadiah berganda buat Nidzam Adzha

Hadiah berganda buat Nidzam Adzha

Kapten Kedah, Khirul Helmi Johari bersama pemain Kedah, Baddrol Bakthiar menjulang Piala FA ketika meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Pahang pada Perlawanan Akhir Piala FA 2017 di Stadium Shah Alam. foto SAFWAN MANSOR, 20 MEI 2017

KUALA LUMPUR – Mohd. Nidzam Adzha Yusoff menerima hadiah paling manis selepas membimbing skuad Lang Merah memenangi Piala FA malam Sabtu lalu apabila dilantik sebagai ketua jurulatih.

Nidzam Adzha sebelum ini memangku tugas tersebut selepas Tan Cheng Hoe melepaskan jawatan itu pada akhir bulan lalu kerana menyertai skuad kebangsaan.

Berita gembira itu disahkan oleh Naib Presiden, Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Datuk Jeffrey Low.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, pelantikan jawatan itu sehingga akhir musim ini apabila kontrak semasanya tamat selain kedudukannya untuk musim depan bergantung kepada prestasi pasukan.

Ujarnya, KFA juga masih belum menawarkan kontrak baharu kepada jurulatih kelahiran Perkan itu dan kini dalam proses untuk menyediakannya.

Jeffrey menambah KFA masih meneruskan pencarian jurulatih lebih berpengalaman untuk membimbing skuad Lang Merah pada musim depan kerana mereka juga akan bersaing dalam Piala AFC. – MalaysiaGazette