Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri mengutuk serangan maut di Manchester Arena yang mengorbankan 22 orang dan mencederakan kira-kira 50 orang.

Datuk Seri Najib Razak terkejut dengan serangan tidak berperikemanusiaan terhadap orang ramai yang tidak bersalah.

Beliau turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan-rakan mangsa yang terlibat dalam insiden tersebut.

“Dalam menghadapi saat-saat sukar, Malaysia bersama dengan Britain.

“Kita perlu tegas, bertekad dan bersedia untuk berhadapan dengan keganasan dengan pantas dan tegas di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Kita tidak boleh menyerah kalah,” kata Najib menerusi Facebook beliau. – MalaysiaGazette