KUALA LUMPUR – Harga runcit untuk bahan api petrol dan diesel menyaksikan kenaikan RM0.04 berkuatkuasa tengah malam ini.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan dalam kenyataannya memberitahu, petrol RON95 naik 4 sen kepada RM2.12 seliter, RON 97 juga naik RM0.04 kepada RM2.40.
Diesel turut mengalami kenaikan sebanyak 4 senkepada RM2.03.
Harga baharu bahan api itu akan berkuat kuasa dari 25 Mei sehingga 31 Mei ini.
Minggu sebelum ini iaitu 18 hingga 24 Mei, RON95 naik sebanyak RM0.07 kepada RM2.08, RON97 turut naik 7 sen menjadi (RM2.36) dan diesel RM1.99 (naik 4 sen). MalaysiaGazette