Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Malayan Banking Berhad (Maybank) menjadi firma utama Malaysia dalam senarai 14 syarikat dalam Forbes Global.

Dalam senarai itu, Maybank berada pada kedudukan ke-390 bersama-sama dengan Tenaga Nasional Berhad (490), Public Bank Berhad (632), CIMB Group Holdings Berhad (671), Sime Darby Berhad (791), Genting Berhad (1,259), Petronas Chemicals Group Berhad (1,319), RHB Bank Berhad (1,405), Hong Leong Financial Group Berhad (1,472), Axiata Group Berhad (1,510), MISC Berhad (1,543), Maxis Berhad (1,596), AmBank Group (1,771) and Petronas Gas Berhad (1,881).

Forbes berkata, kedudukan itu ditentukan oleh empat faktor iaitu jualan, keuntungan, aset-aset dan nilai pasaran.

Menurutnya, terdapat beberapa pendatang baharu dalam senarai Forbes Global dengan Asia mendahuluinya dengan 13 syarikat untuk berada pada kedudukan sehingga 2,000.

Sementara itu, sebanyak 10 syarikat teratas dalam senarai itu ialah Industrial & Commercial Bank of China, China Construction Bank, Berkshire Hathaway, JPMorgan Chase, Wells Fargo, Agricultural Bank of China, Bank of America, Bank of China, Apple and Toyota Motor.

Menurutnya, syarikat China dan Amerika Syarikat terus mendominasi 40 peratus dalam senarai Forbes ketika ketidaktentuan iklim geopolitik dan kelembapan ekonomi. – MalaysiaGazette