Manchester menafikan khabar angin mengaitkan Ander Herrera dengan perpindaha ke Barcelona musim depan. The Independent

MANCHESTER – Manchester United menolak dakwaan kononnya ia akan menjual bintang tengahnya Ander Herrera kepada Barcelona menjelang musim depan.

Skuad The Red Devils yang digelar Juara Liga Eropah edisi 2016/17 awal pagi tadi segera menafikan khabar angin yang tular di Sepanyol.

Ia memberi mesej jelas dalam perkembangan terbaharu mengenai Herrera bahawa Barcelona perlu melupakan hasrat membeli pemain antarabangsa Sepanyol itu musim depan.

Jose Mourinho difahamkan tidak akan melepaskan pemain itu dalam apa jua keadaan sekalipun, sebaliknya akan menawarkan kontrak baharu untuk memastikan Herrera terus menetap di Old Trafford.

Herrera yang hanya melakukan dua penampilan bersama pasukan Sepanyol membatu Manchester United merangkul kejuaraan piala Liga EFL dan Liga Eropah musim ini.

Aksi cemerlang Herrera semasa menewaskan Chelsea 2-0 di Old Trafford disifatkan sebagai persembahan individu terbaik musim ini.

Man United dikatakan tidak mempunyai idea untuk menjual Herrera walaupun laporan di Catalunya mendakwa Barcelona memburu pemain prolifik itu.

Manchester United juga mengesahkan setakat ini kelabnya tidak menerima sebarang bidaan rasmi daripada Barcelona untuk pemain itu.

Ernesto Valverde dijangka diumumkan sebagai Pengurus baharu Barcelona pada Isnin ini selepas aksi akhir Barcelona untuk rebutan Copa del Rey menentag Alaves.

Valverde pernah bekerja bersama Herrera untuk semusim di Athletic Bilbao sebelum Herrera berhijrah ke theatre of Dreams tiga tahun lalu.

Difahamkan bahawa Valverde mengarahkan Pegarah Sukan Barcelona, Robert Fernandez mengenai potensi pembelian Herrera sebagai usaha untuk membuat rombakan di Nou Camp apabila mengambol alih pengurusannyamusim ini.- MalaysiaGazette