Gambar hiasan

HANOI – Enam orang mati dan 12 yang lain telah dihantar untuk mendapatkan rawatan selepas menjalani dialisis buah pinggang di sebuah hospital di Vietnam semalam.

Mangsa disyaki telah mengalami kejutan anaphylactic, media kerajaan melaporkan.

Seramai 18 pesakit yang dirawat kerana kegagalan buah pinggang di Hospital Besar Hoa Binh dilaporkan mengalami loya, sakit perut dan sesak nafas selepas 45 minit dialisis.

Kementerian Kesihatan berkata, hospital dan polis telah menyita semua mesin, kelengkapan dan perubatan dalam Jabatan Nefrologi itu.

Jabatan itu juga berhenti menerima pesakit baharu.

Keluarga-keluarga mangsa telah dibayar pampasan sebanyak AS$660.

“Kementerian telah menghantar satu pasukan untuk menyiasat. Mana-mana individu atau kumpulan yang tidak mematuhi undang-undang akan didakwa,” kata kenyataan itu. – MalaysiaGazette