Keadaan sebuah kedai air krim yang dijadikan sasaran pengebom berani mati di Baghdad. foto Agensi

DHAKA – Pihak berkuasa Bangladesh memindahkan sehingga satu juta orang rakyatnya sebelum taufan Mora tiba.

Taufan Mora dijadual melanda pantai timur awal pada hari ini, kata Jabatan Meteorologi.

Bandar-bandar pelabuhan di selatan-timur telah diminta untuk memasang sistem amaran tertinggi yang dikenali sebagai “tahap bahaya 10”. Pelabuhan di sebelah barat berada di ‘tahap 8’.

Di Bangladesh, penduduk di daerah Chittagong ditempatkan di hampir 500 pusat perlindungan manakala sekolah-sekolah dan pejabat-pejabat kerajaan digunakan untuk penempatan sementara.

Penduduk di kawasan berbukit juga digesa untuk berpindah.

Taufan itu telah melanda di Sri Lanka menyebabkan banjir dan tanah runtuh serta mengorbankan sekurang-kurangnya 180 orang.

Banjir terburuk dalam tempoh 14 tahun itu telah menjejaskan kehidupan penduduk lebih daripada setengah juta orang. Lebih daripada 100 orang masih hilang. – MalaysiaGazette