Penonton konsert Ariana Grande berpusu-pusu keluar selepas letupan kuat di akhir persembahan di Manchester Arena. foto Agensi

KUALA LUMPUR – Tiga pelajar Malaysia ditahan dan disoal siasat oleh polis Manchester semalam berhubung kejadian serangan bom di Manchester Arena baru-baru ini.

Bagaimanapun ketiga-tiga pelajar yang ditahan pukul 5.40 petang (waktu tempatan) itu dibebaskan pukul 9 malam selepas disoal siasat di Balai Polis Longsight.

Menurut Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London, warganegara Malaysia yang menetap di sekitar kawasan yang terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berjaga-jaga.

Mereka juga perku patuh kepada arahan pihak berkuasa tempatan.

“Warganegara Malaysia juga dinasihatkan untuk melaporkan diri dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di London,” kata kenyataan hari ini.

Alamat sementara Suruhanjaya Tinggi Malaysia London ialah di 52, Bedford Row, London WC1R.- MalaysiaGazette