Kementerian Luar, Putrajaya.

KUALA LUMPUR – Kementerian Luar hari ini mengesahkan tiada laporan diterima dari pihak berkuasa tempatan Arab Saudi atau ejen umrah berkaitan rakyat Malaysia terlibat dalam insiden kemalangan pada 26 Mei lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini berkata, insiden tersebut melibatkan pertembungan lima buah bas di mana sebanyak enam nyawa terkorban manakala 81 penumpang lain cedera.

Kedutaan Besar Malaysia di Riyadh dan Pejabat Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah terus memantau perkembangan siasatan oleh pihak berkuasa Arab Saudi sekiranya terdapat rakyat Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut. – MalaysiaGazette