Beribu-ribu pendatang Nigeria menyeberangi Gurun Sahara untuk ke Libya setiap tahun.

NIGER – Seramai 44 orang telah meninggal dunia akibat dahaga selepas trak mereka rosak di Gurun Sahara di utara Niger.

Enam mangsa yang terselamat, kesemuanya wanita telah berjalan ke perkampungan terpencil dan kini berada di D‏irkou, Niger, kata pegawai Palang Merah, Lawal Taher.

Mereka berkata, kanak-kanak adalah antara yang mati.

Kejadian itu berlaku ketika warga Ghana dan Nigeria itu sedang dalam perjalanan ke Libya, menurut laman berita Sahelien.

Setakat ini tidak ada pihak yang pergi ke kawasan itu untuk mengenal pasti mayat.

Laluan itu adalah jalan utama yang digunakan oleh Niger ke Libya untuk sampai ke Afrika Utara sebelum menyeberangi Laut Mediteranean, untuk tiba ke Eropah bagi memulakan kehidupan baharu.

Menyeberangi Sahara adalah salah satu perjalanan yang paling bahaya kerana para pendatang akan disumbat ke dalam trak pikap dan hanya ada sedikit ruang untuk bekalan beberapa liter air.

Setiap tahun, kira-kira 10,000 migran menyeberangi Sahara untuk tiba di Libya, walaupun ada merentasi perairan dengan menaiki bot ke Eropah, juga berisiko mati lemas.

Bagaimanapun, ia masih kurang berisiko dibandingkan dengan merentasi Sahara. Ini kerana jika kenderaan rosak bermakna ia umpama hukuman ‘mati’ kepada pendatang. – MalaysiaGazette