Kejadian itu dipercayai berlaku selepas van Maahad Tahfiz Kampung Tualang di sini itu terbabas jatuh ke dalam gaung sebelum merempuh sebuah rumah.

KUALA KRAI – Lima maut, sembilan parah selepas sebuah van membawa sekumpulan pelajar tahfiz terbabas dan merempuh sebuah rumah di Kampung Telekong, Jalan Kuala Krai – Kota Bharu di sini kira-kira pukul 9.45 pagi.

Kejadian itu dipercayai berlaku selepas van Maahad Tahfiz Kampung Tualang di sini itu terbabas jatuh ke dalam gaung sebelum merempuh sebuah rumah.

Lima mangsa maut disebabkan tersepit di dalam van tersebut manakala sembilan yang parah berjaya dikeluarkan oleh orang ramai.

Jurucakap bomba ketika dihubungi berkata, sebanyak 12 anggota dari Balai Bomba Machang dan Kuala Krai telah digerakkan untuk menyelamatkan mangsa. – MalaysiaGazette

Comments are closed.