KUALA LUMPUR – Kejatuhan harga saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) disebabkan sentimen negatif ekoran tindakan yang diambil ke atas Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zakaria Arshad.

Berikutan itu, saham FGV akan terus mengalami tekanan jualan, kata Penasihat Persatuan Penganalisis Teknikal Malaysia (MATA), Nazarry Rosli.

Harga saham FGV susut 9 sen atau 5.20 peratus pada pukul 3.18 petang tadi kepada RM1.64 sesaham dengan 817, 213 juta saham diniaga.

Pada sesi pertengahan pagi tadi, saham FGV turun enam sen kepada RM1.67.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif FGV, Datuk Zakaria Arshad dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan FGV, Ahmad Tifli Mohd. Talha turut diarahkan bercuti serta merta.

Pengerusi FGV, Tan Sri Mohd Isa Samad berkata, arahan tersebut dikeluarkan bagi membolehkan FGV menyiasat isu tunggakan bayaran oleh syarikat Safitex bagi produk salah sebuah anak syarikat FGV, Delima Oil Products (DOP).

Nazarry berkata, sokongan kukuh pada saham FGV adalah pada sekitar RM1.40 dan RM1.50 sesaham. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast