MANCHESTER – Manchester United yang merupakan kelab besar perlu menarik pemain ternama dan hebat datang ke Old Trafford.

Penyerang muda, Marcus Rashford mengalu-alukan kemungkinan ketibaan penyerang Real Madrid, Alvaro Morata di United pada musim panas ini.

“Dalam sebuah kelab besar, anda akan menarik pemain besar dan itulah yang kami mahukan.

“Sesiapa yang boleh datang dan membantu kelab memenangi trofi, yang merupakan matlamat utama kami, mereka adalah pemain yang kami mahu membawa masuk.

“Persaingan yang baik adalah penting jika anda mahu berjaya,” katanya kepada Sky Sports.

Rashford menambah, persembahan beliau setakat ini banyak dipengaruhi oleh pemain senior seperti Zlatan Ibrahimovic dan Wayne.

Jelasnya, mentaliti pemain itu menghadapi permainan adalah pengalaman yang penting yang boleh diambil daripada mereka.

“Saya rasa dengan adanya pemain seperti ini, sama ada mereka berada di sini untuk tempoh lima tahun akan datang atau walau bagaimana lama mereka berada di sini untuk membantu, anda tidak pernah berhenti belajar daripada mereka,” katanya. – MalaysiaGazette