Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (tengah) pada Program Ramah Mesra Pimpinan Pas Pusat dan Media di Rabbani Lamb House, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR – Walaupun Pas sudah memutuskan kerjasama politik dengan PKR pada Mei lalu namun parti Islam itu masih mengalu-alukan wakil parti itu untuk terus kekal dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Kelantan.
Timbalan Presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ia sebagai menghormati mandat rakyat pada pilihan raya lalu seperti mana yang dipraktikkan dalam pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.
“Kita mengalu-alukan sekiranya pihak PKR untuk kekal dan terus berkhidmat sebagaimana yang kita laksanakan dalam konteks Selangor, walaupun itu hak bagi parti untuk menarik balik seluruh jenteranya di Kelantan
“Cuma di peringkat Kerajaan Negeri Kelantan, kenyataan telah dikeluarkan menteri besar kita mengalu-alukan jika nak kekal (jawatan) hingga tamat (penggal),” katanya pada Program Ramah Mesra Pimpinan Pas Pusat dan Media di Rabbani Lamb House di sini petang tadi.
Beliau mengulas kenyataan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail hari ini yang tidak menolak kemungkinan semua wakilnya di Kelantan akan meletakkan jawatan menjelang akhir Julai ini.
Wan Azizah berkata, setiausaha agung parti itu sudah bertemu dengan Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Kelantan baru-baru ini dan masalah tersebut akan diatas tidak lama lagi.
Sebelum ini juga, bekas senator Saiful Izham Ramli pada 16 Mei lalu menggesa anggota dan pimpinan PKR di Kelantan meletak semua jawatan lantikan politik ekoran keputusan Pas memutuskan tahaluf siyasi dengan mereka. -MalaysiaGazette.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast