Najib Tun Razak

KOTA TINGGI – Datuk Seri Najib Razak mahu supaya kemelut Felda Global Ventures (FGV) dapat diselesaikan segera seelok-eloknya dalam tempoh bulan Ramadan ini.

Perdana Menteri berkata, isu itu harus diselesaikan segera kerana memang menjadi hasrat kerajaan menjadikan FGV sebuah syarikat konglomerat yang bernilai tinggi.

Beliau menggariskan tiga prinsip utama dalam menyelesaikan kemelut tersebut, iaitu mengambil tindakan yang mesti dilakukan dengan mematuhi undang-undang syarikat.

“Yang kedua, dilakukan selaras dengan urus tadbir yang baik dan proses membuat keputusan dibuat secara adil,” katanya pada Majlis Ihya Rahmat Ramadan Felda Peringkat Kebangsaan 2017 di Felda Sungai Sayong, dekat sini hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast