Home Dunia Bahrain minta tentera Qatar keluar dalam 48 jam

Bahrain minta tentera Qatar keluar dalam 48 jam

MANAMA – Kerajaan Bahrain meminta tentera Qatar untuk meninggalkan wilayah mereka dalam tempoh 48 jam.

Menurut sumber, pihak berkuasa Bahrain menyatakan dengan jelas kepada komander yang bertanggungjawab bagi pangkalan Amerika Syarikat di Bahrain bahawa tentera Qatardijangka meninggalkan dalam masa yang ditetapkan.

Bahrain mempunyai pangkalan Amerika Syarikat, yang mana Pusat Pemerintah Angkatan Laut, termasuk anggota tentera dari negara-negara di rantau ini, menjalankan misi yang berkaitan ekstremis di Timur Tengah.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pendedahan audio perbualan telefon antara seorang penasihat diraja Qatar dan pengganas Bahrain – kedua-dua mereka berkomplot untuk memanipulasi kekacauan di Manama pada tahun 2011. – MalaysiaGazette