Home Ekonomi Pelabur asing jual RM99.6j ekuiti minggu lalu

Pelabur asing jual RM99.6j ekuiti minggu lalu

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjual RM99.6 juta ekuiti tempatan dalam tempoh empat hari dagangan di bursa tempatan pada minggu lalu.

Dalam laporan mingguannya, MIDF Research berkata, jualan asing agak ketara pada hari Jumaat iaitu sebanyak RM189.3 juta, tertinggi dalam satu hari tahun ini, selepas kenaikan oleh Rizab Persekutuan pada hari Khamis dan keuntungan dalam kadar hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat yang dirangsang dolar.

“Meskipun defisit minggu lepas, pembelian terkumpul pelabur asing setakat ini masih berjumlah RM10.3 bilion

“Malah, pelabur asing juga menjadi pembeli bersih dalam 3 daripada 24 minggu pada tahun ini,” katanya.

Ia menunjukkan pelabur asing berdagang secara aktif dalam ekuiti tempata pada minggu lalu.

Firma itu berkata, penyertaan asing masih kukuh dan sebagai purata nilai dagangan harian asing (ADTV) meningkat melebihi paras RM1 bilion, meningkat sebanyak 40 peratus untuk seminggu daripada RM999 juta kepada RM1.4 bilion.

Penyertaan asing ini melebihi RM1 bilion dalam tiga daripada empat hari dagangan minggu lalu, katanya.

Sebaliknya, MIDF Research berkata, pasaran runcit tempatan agak lembap dengan ADTV runcit menurun sebanyak 9.3 peratus untuk seminggu kepada RM812.7 juta berbanding RM896.2 juta pada minggu sebelumnya. – MalaysiaGazette